Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di antara bulan-bulan islam yang lain.Jadi tidak hairanlah kita mendengar banyak kata-kata yang menyusuk kalbu kita bila mana menjelmanya Ramadhan ini.Antara kata-kata yang selalu bermain di bibir-bibir masyarakat kita pada hari ini adalah “ Ramadhan: Kehadiranmu dirindui,pemergianmu ditangisi”. Bila kita mengkaji kata-kata ini,kita seolah-olah amat inginkan bulan Ramdhan dan kalau boleh ingin menjadikan setiap bulan adalah bulan Ramadhan. Setiap orang berlumba-lumba ingin mengerjakan amal ibadat dan kebajikan.
Tapi realiti pada hari ini begitu mencurigakan. Bulan Ramadhan tidak lagi dijadikan pesta untuk beribadat,tetapi lebih kepada pesta makanan. Kita saksikan di setiap pelusuk tempat,kita pasti akan berjumpa dengan Bazar Ramadhan. Di sinilah adanya pelbagai jenis makanan yang kadang-kadang kita tak akan jumpa pun di bulan-bulan lain selain bulan Ramadhan ini. Bazar ini tidak akan sunyi daripada kehadiran pelanggang yang dari pelbagai peringkat umur. Mungkin ramai pelancong asing yang akan memilih bulan Ramadhan sebagai waktu untuk melawat Malaysia kerana berlakunya pesta makanan di waktu itu. Tapi ana tidak ingin tekankan perihal makanan pada bulan ramadhan ini.
Apa yang ana tertarik mengenai bulan Ramadhan ini adalah perihal berkaitan turunnya al-Quran sepertimana firman-Nya yang bemaksud
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,da menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)perbezan antara yang benar dengan yang salah.” (al-Baqarah ayat 185)
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Selain daripada penurunan al-Quran,bulan Ramadhan juga mempunyai satu malam yang amat menakjubkan yang diberi nama malam LailatulQadar dimana di dalamnya terdapat begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan. Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT :
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Jadi,apa yang ana nak tekankan disini adalah sejauh mana penghayatan kita dalam menyelidiki perihal peristiwa nuzul al-Quran dan keunikan malam Lailatul Qadar ini. Bila kita tanya masyarakat kita khususnya dalam kalangan remaja mengenai bilakah berlakunya peristiwa nuzul al-Quran sudah tentu peratusan yang menjawab tidak tahu adalah lebih tinggi mengatasi peratusan yang tahu.Kita lebih mengetahui tarikh 1 Januari dan 14 Februari daripada mengambil cakna dalam hal berkaitan agama kita. Kita juga lebih seronok membelek akhbar dan majalah daripada menhayati isi kandungan al-Quran.
Kita berada di dalam era yang amat jauh dari al-Quran dan hal ini amat membimbangkan. Di manakah semangat kita untuk melahirkan generasi al-Quran yang akan menjadi pemangkin kepada kebangkitan Islam? Kita tidak perlu mengambil contoh yang jauh,kita ambil contoh di kolej kita,Kolej Kediaman Siswa Jaya. Setiap kali selepas terawih,kita akan mengadakan sesi tadarus al-Quran di surau kita. Dan apa yang menyedihkan adalah penglibatan mahasiswa dalam tadarus ini adalah amat memalukan. Ke manakah menghilangnya mahasiswa-mahasiwa islam yang mencecah beribu-ribu orang tetapi yang melibatkan diri dalam tadarus ini adalah tidak sampai 50 orang pun. Mengapakah kebanyakan mahasiswa tidak berminat dalam mendekati al-Quran? Adakah begitu rendahnya martabat al-Quran jika dibandingkan majalah-majalah hiburan sehinggakan kita lebih mendewa-dewakan majalah tersebut? Tepuk dada,tanya iman. Dan menyebut tentang al-Quran ini,ana menyokong tindakan Dekan Kolej Sains dan Teknologi, Prof. Dato' Ir. Dr. Azhari bin Md Salleh yang mengadakan ujian penilaian al-Quran kepada pelajar-pelajar baru tahun pertama ketika Minggu Haluan Siswa bulan Julai yang lepas. Mudah-mudahan hal ini akan terus berjalan untuk sesi seterusnya dan akan disertai bukan sekadar pelajar tahun pertama tetapi kepada seluruh warga UTMKL,International Campus ini.
Kita beralih kepada perihal malam Lailatul Qadar. Alangkah nikmatnya jika kita dapat beribadat di malamnya. Namun,sekali lagi kita menafikan keagungan malam Lailatul Qadar ini. Hari ini kita menyaksikan amalan-amalan masyarakat kita sedikit terbalik berbanding zaman Rasulullah dan sahabat. Jika Rasullah begitu menekankan ibadat ketika sepuluh malam terakhir sehinggakan baginda melipatgandakan ibadat baginda,kita pula sebaliknya. Kita lebih meraikan sepuluh malam terawal Ramadhan seterusnya mengurangkan ibadat ketika sepuluh malam terakhir. Jika di awal Ramadhan kita menyaksikan berpusu-pusu jemaah yang datang ke masjid untuk beribadat,tetapi akhirnya bilangan ini beransur-ansur surut ketika Ramadhan hampir ke penghujung. Sepuluh malam terakhir kita lebih suka menghabiskan masa menyertai pesta membeli belah daripada pesta ibadat. Kita begitu sibuk dengan persiapan hari raya yang bakal menyusul tiba. Langsung tidak timbul di hati kita untuk menjadi seorang pemburu Lailatul Qadar.
Dan perkara terakhir adalah ana ingin menyentuh persoalan yang sentiasa bermain di minda ana. Ana tertarik dengan kewajipan kita sebagai umat islam untuk mematuhi perintah Allah. Allah telah pun menegaskan dalam al-Quran mengenai kewajipan solat,puasa dan menutup aurat. Antara dalil-dalilnya ialah:
Firman Allah mengenai kewajipan solat :
“Dan dirikanlah SOLAT, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk.” (Al-Baqarah :43)
Puasa:
““ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu DIWAJIBKAN BERPUASA sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ”. (Al-Baqarah :183)
Menutup Aurat :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Apa yang menjadi persoalan ana di sini ialah macam mana kita boleh lagi memilih kewajipan itu menurut hati kita. Maksud ana di sini ialah ramai dalam kalangan kita yang begitu bersungguh-sungguh berpuasa tetapi dalam masa yang sama tidak solat dan mendedahkan aurat. Kita begitu malu apabila tidak berpuasa di khalayak ramai tetapi begitu selamba tidak solat dan mendedahkan aurat padahal ketiga-tiga perkara ini adalah wajib kita turuti. Kita pergilah di mana-mana,kita akan melihat ramai umat islam yang berpuasa tetapi dalam masa yang sama mengabaikan tuntutan solat dan mentup aurat. Dan bercakap mengenai aurat ini,bukan sekadar perempuan yang diwajibkan tetapi ia juga diperintahkan kepada kaum lelaki.
Jadi mudah-mudahan artikel yang dicoret oleh ana yang fakir ini dapat sama –sama kita mengambil input-input yang berguna untuk kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Masih banyak perkara-perkara yang perlu kita perbaiki dalam amalan kita untuk menjadi insan yang bertaqwa. Kita tidak tahu apakah puasa sebulan kita ini ada harga di sisi Allah ataupun kita sekadar mendapat lapar dan dahaga. Ana memohon kemaafan jika ada kata-kata ana yang terkasar ataupun mungkin ada yang membuatkan rasa tidak selesa. Ana tidak menuding mana-mana pihak. Ana cuma ingin berkongsi untuk kita sama-sama bermuhasabah diri kita. Marilah kita sama –sama bermujahadah untuk melakukan yang terbaik pada ramadhan kali ini. Anggaplah ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita. Ayuh! Marlah kita berlumba-lumba dalam melakukan perkara makruf di bulan mulia ini. Jangan kita menyesal di kemudian hari. Ana akhiri artikel ana dengan serangkap pantun.
Sekian,wassalam
Mohd Zulhilmi Bin Mohamad Ramlee
Pengerusi Lujnah Dakwah Dan Tarbiyah
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Teknologi Malaysia,International Campus,Kuala Lumpur

Pelajar UTMKL menawan hati,
Berjalan santai di pagi hari,
Mari kawan bersihkan hati,
Sambut Ramadhan bulan yang suci,
Berjalan santai di pagi hari,
Mari kawan bersihkan hati,
Sambut Ramadhan bulan yang suci,
Sekian,wassalam
Mohd Zulhilmi Bin Mohamad Ramlee
Pengerusi Lujnah Dakwah Dan Tarbiyah
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Teknologi Malaysia,International Campus,Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment