31 December 2012

PERUTUSAN SEMPENA TAHUN BARU

PERUTUSAN SEMPENA TAHUN BARU
                                                                                 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Syukur ke hadrat ilahi,dengan limpah kurnianya dapat kita merasai dua nikmat yang terbesar, iaitu nikmat iman dan Islam. Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat menyaksikan tertutupnya tirai tahun 2012 dan menyinsingnya fajar baru 2013.

Sepanjang tempoh setahun ini marilah sama-sama kita bermuhasabah kembali apakah yang kita lakukan sepanjang tahun tersebut, adakah lebih banyak kebaikan atau lebih banyak keburukan.

Sepanjang tahun ini juga berlaku peristiwa yang memberi kesan kepada umat Islam itu sendiri. Di antaranya ialah penyebaran filem ‘Innocence of Muslim’ yang terang-terang menghina Islam, mengapakah perkara ini berlaku. Mari kita muhasabah diri kita kembali, mengapa ini boleh terjadi,kita begitu ghairah menyatakan bantahan terhadap filem ini, tetapi selepas beberapa bulan, kita kembali kepada kita yang lama tanpa usaha untuk membersihkan nama Islam itu sendiri.

Dalam menyambut kedatangan tahun baru ini janganlah kita lupa kepada saudara-saudara Islam kita yang dizalimi di Syria, Gaza, Burma dan di seluruh dunia. Kemenangan di Syria sudah semakin hampir, dimanakah kita nanti apabila Syria meraih kemenangan,sebagai pemerhati atau pendokong Islam itu sendiri.

Akhir kata, pesanan saya buat mahasiswa Islam khususnya dan semua mahasiswa agar memperbaiki diri kita agar menjadi lebih baik di tahun baru ini, tanamkanlah budaya membaca ke dalam diri kita. Hal ini kerana, tewasnya umat Islam pada masa kini kerana kurangnya ilmu mereka kerana kurangnya membaca.


Wallahu’alam, Kemenangan Islam Pasti akan Datang.
8.09 a.m
31 Disember 2012
Presiden
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
2012/2013

1 comment: