14 February 2012

“HARI MAHABBAH CINTA MUSLIMAH”

sumber gambar
MAHABBAH CINTA MUSLIMAH???
"Entah apa-apa lah tajuk artikel ni.. jiwang sangat..malas la nak baca.."
Ermm, tapi baca la dulu. Saya yakin yang setiap wanita di muka bumi ini pasti tersimpan sedikit hasrat menjadi muslimah yang penuh dengan kasih sayang. Betul tak?

"MUSLIMAH?  Tak payah nak control  ayu la. Be yourself sudah."
Itu mungkin kata-kata yang selalu diungkapkan bila sahabat lain mengajak berubah menjadi seorang muslimah. Percaya tak kalau korang nak jadi muslimah senang je. Hmm, muslimah ni macam mana ye?
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)."  (Surah An-Nur : 31)
"Tundukkan pandangan?? Aduhai, ni yang susah ni. Dah la hobi saya cuci-cuci mata tengok lelaki hensem-hensem. Tak payah la jadi muslimah sangat..biase-biase sudah.."

Sesungguhnya, perubahan itu memang sukar nak dilaksanakan, lagi-lagi orang yang diminati satu kelas pulak tu, memang payah. Sikit-sikit nak menjeling tengok muka dia. Satu hari tak dapat tengok muka dia terus takde mood satu hari. Memang muka si dia WAJIB tengoklah (pandai-pandai je letak hukum).

"Tapi macam mane pulak dengan zina? Saya bukannya buat zina pun…"

Sesungguhnya, tatkala kamu merinduinya dan sering imagine seolah-olah kamu bersama dengannya, itulah namanya zina hati. Percaya tak kalau saya katakan melalui pandangan itu sendiri merupakan langkah pertama mendekati zina? Tak percaya? Okey, saya buat satu analogi.


Mula-mula jeling-jeling dulu (syaitan cucuk jarum besar), try la tanya nama dia dan mintak nombor hanphone dia (syaitan cucuk jarum sederhana besar). Then, selalu mesej dengsn si dia, kongsi pendapat. Mula-mula kongsi pendapat pasal pelajaran je, kononnya “COUPLE EDUCATED PLUSPLUS ALIM” (syaitan dengan steadynya cucuk jarum saiz moderate je). Tatkala nafsu telah beraja, mulalah kisah percintaan atas dasar cinta. "Awak nak couple dengan saya?” Wah..berbunganya dihati..panahan syaitan terkena. Percaya tidak…syaitan sudah mula ketawa bergolek-golek dengan tindakan kalian yang asalnya nak kawan biasa-biasa sahaja akhirnya masuk ke lembah “couple”. Kemudian, syaitan hanya perlu pasang strategi masuk jarum saiz kecil sahaja pun dah boleh control hidup korang semua. Nauzubillah, hinanya kita. Hidup umpama boneka sahaja di atas muka bumi ini, tapi selalu nak agung-agungkan. 


SAYA ADA HAK NAK TENTUKAN HALA TUJU HIDUP SAYA SENDIRI!!!! (Tapi hakikatnya mereka sendiri tidak mampu melawan nafsu dan godaan syaitan sekeliling mereka)


Menjadi Muslimah itu mudah sebenarnya…..
"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."

Nak tahu tak? Nak masuk Syurga itu mudah sahaja bagi wanita..macam mane ye?
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)
Mudah kan? Jangan risau..jodoh itu pasti ada..even orang yang sudah ber"COUPLE" bertahun-tahun sejak zaman sekolah lagi pun, belum tentu berakhir ke jinjang perkahwinan.

Mengapa tajuk artikel ni  Hari Mahabbah Cinta Muslimah ?
Sebenarnya, saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua menukar perspektif daripada “Hari Kekasih” kepada “Hari Mahabbah Cinta Muslimah”. Eh? macam mana tu?
Macam ni, apa kata, setiap kali 14 Februari, kita jadikan tarikh ini sebagai hari  kita berhubung semula dengan sahabat-sahabat lama, yang sudah lama tidak di hubungi. Saya yakin, pasti zaman sekolah dulu korang mesti ada sahabat baik (perempuan je tau) yang kononnya BEST FRENZ 4 EVER, tapi bila korang dah ada kawan baru dekat IPT, ada korang ingat kat diaorang lagi??? 


Kadang-kadang tu, bufday diaorang pun korang tak ingat lagi. Paling teruk lagi bila nombor  handphone diaorang pon korang dah hilang atau tak simpan. Kesiannya kawan korang tu dapat kawan macam korang. Ayuh, sama-sama kita berubah. Ingatlah! mencari kawan itu mudah, tetapi, sahabat itu sukar dicari. Sesungguhnya, setiap kata-kata nukilan saya ini menjadi peringatan dan pedoman untuk diri saya juga.
Insya-Allah.. Uhibbuk Fillah..
-NAIB PRESIDEN PMI-




1 comment: