19 August 2009

PENANTIAN YANG SUDAH DINANTI


" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( peRkara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Begitulah sedikit petikan hadis daripada hadis 40 susunan imam nawawi yang menerangkan kewajipan orang islam menunaikan salah satu daripada rukun Islam iaitulah berpuasa di bulan Ramadhan. Isu kali ini ialah waktu puasa pada kali ini yang berdekatan sungguh dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke 51. seperti mana yang kita sama-sama maklum bagaimanakah cara sambutan kemerdekaan negara diadakan pada setiap tahun. saya tidak berniat untuk bercakap tentang itu. maksudnya masing-masing sudah matang untuk menilai baik buruk sesuatu perkara cuma iman sahaja la yang memandu hati kita dan gerak laku kita di bumi Allah yang baqa'(sementara) ini.

mungkin pada kali ini Allah ingin betul-betul menguji keikhlasan hamba nya beramal dimuka bumi ini dengan mentakdirkan tarikh sambutan kemerdekaan agak berdekatan dengan awal ramadhan. maka dengan itu kita akan dapat lihat siapa kuat siapa lemah. kuat atau lemah bukan lah pada fizikal tetapi kuat atau lemahnya keimanan dan jatidiri manusia. namun nilaiannya keikhlasan itu hanyalah terletak ditangan Allah sahaja. maka kita sebagai da'ie kepada mad'u menjadi kemestian untuk kita sentiasa berpesan-pesan,ingat memperingati kepada orang disekeliling kita. selebihnya bergantung kepada Allah kerana Allah sahaja pemberi hidayah.

penting bagi kita mempersiapkan diri dengan ilmu yang lengkap sebelum kita bertemu dengan Allah di hari yau mala yan fa' un wala banun.




No comments:

Post a Comment