28 September 2011 - Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UTM International Campus mengatakan pandangan tentang pelaksanaan hukum hudud. Beliau memberi pandangan bahawa hudud tidak bererti hanya melalui hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Hakikatnya beliau juga menambah hudud merupakan batasan dengan meninggalkan larangan Allah dan melakukan apa yang disuruh. Melanggar batasan ini disebut sebagai melanggar hududullah (hudud Allah).
Melalui facebooknya, beliau menyatakan, "Hudud bukanlah bererti hukuman sebat dan potong tangan semata-mata".
Antara lainnya beliau menyebut bahawa, "...Hakikatnya HUDUD bermakna BATASAN. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. MELANGGAR BATASAN dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar HUDUDULLAH".
Beliau juga meluahkan rasa kekecewaan kepada media Barat dan media sekular yang memberikan imej yang negatif terhadap hukum hudud ini dan menyebabkan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud dan menjadi tanggungjawab kepada setiap Muslim untuk menerangkan tentang salah anggap terhadap hudud.
"Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud".
"...Menerangkan silap faham tentang hudud adalah kewajipan bagi setiap muslim".
Selain itu, beliau menambah bahawa di dalam Al-Quran menyebut perkataan hudud bukan hanya dalam bab jenayah, tetapi terdapat juga dalam bab masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai.
Beliau juga memberi penegasan bahawa hudud menjadi sempadan terakhir untuk selamatkan manusia. "Allah yang meletakkan sempadan, jangan langgar sempadan ini. Hudud sempadan terakhir untuk selamatkan manusia".
No comments:
Post a Comment