30 September 2011

Program Suai Kenal PMI bersama Mahasiswa Islam Sarjana Muda

29 September - Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah mengadakan Majlis Suai Kenal PMI bersama Mahasiswa Islam Sarjana Muda Tahun Satu. Majlis ini diadakan untuk memperkenalkan Persatuan Mahasiswa Islam kepada mahasiswa baru khususnya dari Sarjana Muda.

Majlis ini disertai seramai 35 orang mahasiswa/i Sarjana Muda Tahun Satu. Ucapan aluan turut diberikan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), saudara Ahmad Furqan bin Kamarul Zaman yang mengalu-alukan kehadiran mahasiswa/i baru dan mengucap tahniah kepada mereka kerana berjaya menjadi antara yang terpilih untuk sambung pelajaran di UTM International Campus. Program ini turut dihadiri oleh Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah, Nur Ahmad Zaim bin Hussin.

Program ini diteruskan lagi dengan penayangan montaj dan disambung untuk sesi taaruf yang dikendalikan oleh Lajnah Dakwah dan Tarbiyah, saudara Muhammad Nizar bin Mustaffa.

Alhamdulillah, program suai kenal tamat pada pukul hampir 11 malam dan adik-adik mahasiswa dan mahasiswi serta jawatankuasa pelaksana dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan. Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi akhirnya program ini dapat berjalan dengan lancar dengan izinNya. Moga ukhuwah yang terbina tidak terhenti setakat ini sahaja dan moga berjumpa lagi pada program-program PMIUTM International Campus yang akan datang.

No comments:

Post a Comment