24 February 2015

Third International Ijtimak Of Ummah Solidarity

17 FEBRUARI 2015 | 28 RABIUL AKHIR 1436 H 
بسم الله الرحمن الرحيم.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang dengan izinNya dapat kita bernafas lagi di muka bumi ini melaksanakan amanah sebagai hamba dan khalifah. Untuk menjalankan amanah sebagai hamba dan khalifah ini,perlunya kita kepada ilmu.

Hal ini bertepatan dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam surah Al-Alaq yang bermaksud,
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan." [Al-Alaq:1].

Sehubungan dengan itu, pihak PMIUTM menyeru mahasiswa/i untuk menyertai perkampungan ilmu ini.

TENTATIF PROGRAM IJTIMAK ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH KE-3
PERKAMPUNGAN IJTIMAK RUSILA, MARANG TERENGGANU


19 Mac 2015 (Khamis)


10:00am : Pendaftaran Ijtimak


7:15pm : Solat Maghrib

               : Solat Hajat 
               : Kuliah Maghrib oleh Pimpinan Gerakan Islam Dunia
               : Solat Isya`

9.00pm : Program Pra Ijtima`
               : Bacaan Al-Quran oleh : Ustaz Tarmizi Ali ( Johan Qari Antarabangsa )
               : Ucapan Pelancaran Montaj Gema Tadahan Wahyu oleh YAB Dato’ Ahmad Yakob
               : Selawat Pembukaan ( Soutul Amal & Seedrain )
               : Pelancaran Lagu Tema Ijtimak. (Soutul Amal )
               : Persembahan Seedrain
               : Persembahan Artis Jemputan GAZA 
               : MC ( Soalan Kuiz & Nombor SMS )

10.15pm : Bicara Tadahan Wahyu Bersama

1. Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
2. Ustaz Azhar Idrus
3. IM Fakhrurazi (Moderator)

                : Kutipan Derma & Pelancaran Pertandingan Fotografi Ijimak Dilancarkan Oleh UAI
                : Pengumuman dan Penyampian Hadiah Pemenang Bertuah

11.50pm : Asma Al-husna

12.00am : Bersurai


20 Mac 2015 ( Jumaat )

6:00 am : Solat Subuh : Kuliah Subuh Oleh Dato’ Nasaruddin Daud

8.45am : Majlis Perasmian Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke 3

9.00am : Ketibaan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi
                (Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia)
              : Perbarisan Semua Ketumbukan Berunifom
              : Ketibaan Dan Penyerahan Panji Oleh ARC
              : Mengumumkan Ketibaan Tuan Guru Haji Hadi Ke Pentas Utama
              : Alunan ayat Suci AL-QURAN oleh Ustaz Tarmizi Ali :

                Lagu Negaraku Dan Lagu Tema Ijtimak Oleh Soutul Amal

              : Ucapan Pengerusi JK Induk Ijtimak
              : Ucapan aluan oleh Sheikh Abd Rashid AlGhannusi ( An-Nahdzah Tunisia )
              : Ucapan Perasmian Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi
               (Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia)
              : Gimik Pelancaran Ijtima

12.00pm : Jamuan Tetamu

1:15 pm : Khutbah di masjid masjid pilihan oleh pimpinan gerakan Islam antarabangsa. ( Pentas Utama )

2:30 pm : Persembahan Kalam Jamaie 3 bahasa.
               : Ekspresi anak muda
               : solidariti buat Palestin.
               : Pentas Muslimat bersama

Pemimpin Muslimat Gerakan Islam Antarabangsa.
1) Isteri Pemimpin Hamas Palestin
     Ibu Lliza Sa`aduddin Djamal ( Wali Kota Banda Acheh )
2) Pimpinan Muslimat Partai PKS, Indonesia
     YB Siti Zailah Mohd Yusuf ( Di Pantai Rusila )

2:30 pm: Pertandingan memanah

5:00 pm : Pertandingan Pidato Pemuda Islam Semalaysia. ( Dewan Banat )

5:00 pm : Pertandingan anjuran Muslimat.
1) Pertandingan Gubahan Kreatif.
2) Pertandingan Anyaman Antarabangsa.
3) Pertandingan Deco Kek Antarabangsa
4) Pertandingan Mewarna kanak kanak.
5) Aisyah Corner.
6) Xplorace

7:15 pm : Solat Maghrib : Kuliah Maghrib oleh Pimpinan Gerakan Islam Antarabangsa. : Solat Isya`

9.00pm: Persembahan Byhaq : Persembahan Nasyid Antarabangsa.

9.45pm : PIDATO TETAMU ANTARABANGSA


1. Shekh Sirajul Haq
2. Shekh Temel Karamullah Uglu
3. Hendrick / Ibrahim Jibrail
4. Dr Azzam Tamini
5. Mr Abu Annas
6. Dan lain lain lagi

12.00am: Bersurai 


21 Mac 2015 (Sabtu )

5:00 am :Qiamullail : Solat Subuh : Kuliah Subuh oleh Pimpinan Gerakan Islam Dunia.

8:00 am: Talaqqi Kitab bersama Ulama Islam Tersohor Dunia.

9.00pm: Pidato Pimpinan Gerakan Islam Sedunia

2:30 pm : Talk Show bersama keluarga Syuhada dari Palestin, Syiria dan Mesir. : Persembahan Kanak kanak Palestin.

4:30 pm : Solat Asar : Tazkirah oleh Pimpinan Gerakan Islam Dunia.

5:00 pm : Pentomen “ Pilu Di Seluruh Dunia Islam “
                 Ceramah Khas oleh Penceramah Cilik dari Indonesia.

7:15 pm : Solat Maghrib : Kuliah Maghrib Oleh Pimpinan Gerakan Islam Dunia : Solat Isya`

9:00 pm : Persembahan Qasidah

Pidato Kemuncak oleh:

1. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang ( Naib Ketua Ulama Islam Sedunia )
2. Shekh Ahmad Hammad Al Khalili
3. Shekh Mustafa Tahan Kuwait
4. Shekh Salman Audah
5. Pemimpin Gerakan Islam

12.00am : Bersurai





Say No To Valentine's Day

"assalamualaikum, awak dah solat?" ..
"hari ni giliran awak bagi tazkirah" .. 
"awak tutup aurat ye masa nak keluar nanti" ..
......
Ya, ayat diatas bagus sungguh islamik. tetapi alangkah rugi serugi ruginya apabila ia diucapkan kepada "orang istimewa yang belum dikahwini" . Bahasa mudah zaman moden ialah "couple islamik".. Kononnya untuk membenarkan couple..
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-isra' ayat 32 "dan janganlah kamu mendekati zina" bermakna segala apa yang mendekatkan kamu kearah penzinaan adalah haram termasuk couple islamik. Mana mungkin arak jadi halal apabila kamu baca bismillah. Tidak mungkin perbuatan mencuri dibenarkan apabila kamu berniat untuk sedekahkannya..
Ianya nampak seperti budaya baru yang baik. Tetapi syaitan tidak pernah berhenti untuk menyesatkan manusia walaupun dengan cara yang kelihatan baik.
Surah Al-Anaam, Verse 116:
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah, tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
Dengan ini, 14 febuary adalah hari valentine atau lebih dikenali sebagai hari kekasih dimana umat islam ditegah untuk menyambutnya.
Maka dengan ini PMI UTMKL menyeru semua umat islam untuk menyokong kempen "we love islam" yang merangkumi aspek
- "jauhi berdua-duaan" "SayNoToValentine'sDay"
-jaga ikhtilat
-menutup aurat anda dengan sempurna

Jom Tukar DP tanda sokongan anda.
Komen Alhamdulillah selepas anda habis membaca.

Luqman Nur - Hakim bin Muhammad
-Presiden PMI 2014/2015-


03 January 2014

SEDIKIT PERKONGSIAN SEMPENA TAHUN BARU.



SEDIKIT PERKONGSIAN SEMPENA TAHUN BARU.

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?


Itulah sambutan keagamaan Kristian sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :
For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints.” [http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm]
Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan.
Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :
Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it.” [http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm]
Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
Maksudnya: “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.

Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur (Lihat tempat bergaris) adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].
Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.

Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

عن أنس بن مالك قال كان لأهل الجاهلية يومان في كل سنة يلعبون فيهما فلما قدم النبي صلى الله عليه و سلم المدينة قال كان لكم يومان تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم الأضحى

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].

Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.



Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim berikut, sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا
Maksudnya : “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini (Eidul adha) adalah perayaan kita”.

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h dalam mensyarahkan hadis ini :

وَاسْتُنْبِطَ مِنْهُ كَرَاهَةُ اَلْفَرَحِ فِي أَعْيَادِ اَلْمُشْرِكِينَ وَالتَّشَبُّهِ بِهِمْ

Maksudnya : “Diambil daripada hadis ini ketetapan hukum dilarang melahirkan rasa gembira pada perayaan kaum musyrikin dan meniru mereka (dalam perayaan)”. [Fathul Bari, 3/371].
Syeikh al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan perayaan tersebut maka dia kafir. [Ibid].

Keempat : Ijmak Ulama

Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :

لايجوز للمسلمين ممالأة المشركين في إظهار شعائرهم

Maksudnya : “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].
Lalu dia menyatakan lagi :

وكما أنهم لا يجوز لهم إظهاره فلا يجوز للمسلمين ممالاتهم عليه ولا مساعدتهم ولا الحضور معهم باتفاق أهل العلم الذين هم أهله

Maksudnya : “dan sebagaimana mereka (kafir) tidak boleh menzahirkan syiar perayaan mereka maka tidak boleh pula bagi kaum muslimin menolong dan membantu mereka (mengadakan perayaan dan menzahirkan syiar agama mereka) dan tidak boleh menghadirinya dengan sepakat ulama”. [Ibid].
Kata beliau lagi :
وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه .

Maksudnya: “adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq (ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: “ ‘Eid Mubarak” (“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Jika pengucapnya selamat daripada iktikad kufur maka ianya haram (jika tidak, maka hukumnya kufur juga), ini kerana ucapan ini samalah seperti kita memberi tahniah atasnya kerana sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih dahsyat daripada seseorang memberi tahniah kepada seseorang kerana meminum arak, membunuh, berzina dan seumpamanya”. [Ahkam Ahli Zimmah, 162].
Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.
Berkata Ulama Hanafiah :

ويكفر بخروجه إلى نيروز المجوس والموافقة معهم فيما يفعلونه في ذلك اليوم وبشرائه يوم نيروز شيئا لم يكن يشتريه قبل ذلك تعظيما للنيروز لا للأكل والشرب وبإهدائه ذلك اليوم للمشركين ولو بيضة تعظيما لذلك اليوم

Maksudnya : “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”. [Majmak al-Anhar, 2/513]
Ulama Malikiah menyatakan :

أي أن اللعب في يوم النيروز وهو أول يوم من السنة القبطية مانع من قبول الشهادة وهو من فعل الجاهلية والنصارى

Maksudnya : “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”. [al-Syarhul Kabir, 4/181]
Jelas daripada kenyataan ini, menyambut perayaan kafir adalah dosa besar.
Berkata Abul Qasim Hibatullah al-Syafii :

ولا يجوز للمسلمين أن يحضروا أعيادهم لأنهم على منكر وزور
Maksudnya : “dan tidak boleh bagi muslimin menghadiri perayaan mereka (musyrikin) kerana mereka itu melakukan munkar dan dosa”. [Ahkam Ahli Zimmah,156]
Dalam al-Majmuk dinyatakan :
ويمنعون من اظهار الخمر والخنزير وضرب النواقيس والجهر بالتوراة والانجيل وإظهار الصليب واظهار أعيادهم ورفع الصوت على موتاهم
Maksudnya : “dan dilarang mereka itu (Ahli Zimmah yakni orang kafir yang hidup sebagai warganeraga negara Islam) daripada menzahirkan arak, babi, membnyi loceng, mengeraskan bacaan Taurat dan Injil, menzahirkan salib dan perayaan mereka serta menguatkan suara ratapan mayat”. [19/412]
Ulama Hanabilah menyatakan :
ويحرم شهود عيد اليهود والنصارى وغيرهم من الكفار
Maksudnya : “dan haram menghadiri perayaan Yahudi dan Nasrani dan selain mereka daripada orang kafir”. [Kaysaful Qina', 3/131]
Daripada kenyataan para ulama mazhab yang empat ini, menunjukkan semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat mengharamkan perayaan kafir sama ada menyertainya, memberi tahniah, atau membenarkan mereka mengadakan sambutan secara terbuka dalam negara Islam.
Kelima : Qaul Sahabat
قال عمر رضي الله عنه: “لا تعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم”.
Maksudnya : “Berkata Umar r.a : Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].

Kesimpulan
Oleh itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masihi.
Usaha sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min zalik.





27 November 2013

ADA APA PADA PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) ?


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.                                            

                                        ADA APA PADA PILIHAN RAYA KAMPUS?

    Apakah fungsinya pilihan raya kampur (PRK)? Pilihan Raya Kampus (PRK) adalah suatu proses pemilihan bagi para mahasiswa untuk memilih calon-calon yang berkelayakan untuk memegang jawatan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).Rata-rata mahasiswa bermatlamatkan untuk memperoleh keputusan cemerlang pada setiap sem sehinggakan tidak perduli akan kepentingan pilihan raya kampus (PRK).Mereka merasakan bahawa mereka tiada kaitan dengan pimpinan kampus dan mereka tidak kisah siapa yang menang selagi ia tidak menganggu pelajaran mereka Mereka lebih mementingkan pointer dan akhirnya untuk memperoleh gelaran graduan berpangkat Dean’s list.

     Apabila musim pilihan raya kampus (PRK) berlangsung,maka  kampus dan hostel mula dihiasi dengan kempen, risalah-risalah,manifesto dan kain rentang para calon.Bermula dengan penamaan calon, maka akan adanya kelompok yang mempunyai idelisme untuk memenangkan calon mereka dan berusaha untuk menarik para pelajar untuk mengundi.Bagi sesetengah mahasiswa menganggap bahawa mereka yang terlibat dalam promosikan calon adalah suatu kerja yang sia-sia kerana mereka yang terlibat bukanlah dibayar malah mereka hanya membazir masa dan tenaga.Persoalanya sekarang ialah mengapa mahasiswa perlu mengambil berat  akan pilihanraya ini?Pilihan raya kampus bukan hanya sekadar program dan prosedur malah, bukan juga sebagai medan untuk seseorang individu itu menunjuk jaguh atau sekadar suka-suka untuk menempah nama dan ia juga bukan sebagai alat pro kepada kumpulan tertentu yang berkepentingan.

     Pilihan raya kampus (PRK) adalah wasilah yang besar makna dan kesannya.Mana mungkin terdapat kelompok yang sanggup menghabiskan masa,wang dan tenaganya hanya untuk memenangkan calonnya. walaupun setiap malam dikejar dan diusik dengan Akta Universiti dan Kolej Univeristi (AUKU) namun ia masih tidak mematahkan semangat mereka.Ada yang berpendapat bahawa mengapa tidak pihak pentadbiran sahaja yang memilih pelajar yang mereka suka? Yang suka mengikut telunjuk mereka dan mematuhi cakap mereka?Mengapa perlu jadikan pilihan raya sebagai wasilah pemilihan pemimpin perwakilan pelajar.Pilihan raya kampus (PRK)  merupakan medan demokrasi unggul yang mengajar para mahasiswa erti pilihanraya.Demokrasi ini dilihat boleh menyedarkan para mahasiswa bahawa pangkahan mereka amat bernilai dalam mencorakkan kepimpinan pelajar.Faktor pemakaian demokrasi dalam diri mahasiswa adalah penting sebelum mahasiswa menemui dunia realiti yang lebih mencabar dan penuh dengan pancaroba dalam ilmu politik.

     Pilihan raya kampus (PRK) disertai oleh para mahasiswa disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah  Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk memilih mana-mana calon yang dirasakan layak untuk memimpin mereka, menyuarakan isu kebajikan mereka, yang terbaik dari pelbagai sudut - imej, personaliti, sikap dan ilmu - dan yang paling penting mempunyai ciri kepemimpinan yang mampu disokong dan diikuti. Dari pandangan agama pula ialah mahir membicarakan soal agama dan cabangnya, bahkan mahir juga mengurus organisasi yang berat, menampilkan diri di saat diperlukan dan kemahiran berfikir agar idealisme kelompoknya diimplementasikan.

     Suasana Pilihan raya kampus (PRK) pula perlulah adil dan berdemokrasi yang secara automatik akan melahirkan para mahasiwa menjadi lebih bermoral dan pro-demokrasi dalam menjana satu suasana politik sihat di Malaysia pada hari mendatang. Akhir kata,marilah mengundi. Mengundi walau hanya sekali pegang pen, ia menterjemahkan sokongan kita kepada pemilihan pemimpin. Ia membuktikan bahawa kita juga punya idealisme tersendiri dan mahu idealisme kita ini direalisasikan.Ia menjadikan kita sebagai seorang yang bertanggungjawab.