Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan.
Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia nikmatnya, terutama nikmat Islam
dan Iman yang masih di berikan oleh Allah SWT..
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya
Rasulullah saw. bersabda,
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum
kamu, sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka
masuk ke lubang biawak pun
kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya
Rasulullah! Apakah Yahudi dan
Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi
kalau bukan mereka".
Untuk memberi respon berkenaan dengan
senaman pagi yang mempunyai unsur ‘tarian gangnam’ yang berlaku di KSJ ketika
majlis gotong royong pada 16 Disember 2012.Tarian yang melalaikan, mempunyai
unsur-unsur perlakuan seks, senikata yang mengghairahkan. Apa lagi nak dipersoalkan
pada hal yang tidak ada kebaikan pada pembangunan rohani manusia? ummah Islam
terutamanya.
Mungkin benar, ramai
dalam kalangan kita tidak mengetahui bahawa tarian tersebut tidak syar’i.
Ketahuilah, hiburan sentiasa digunakan untuk melalaikan anak muda Islam agar
terus jauh dari agama. Bukanlah Islam menolak hiburan, yang halal itu luas
namun janganlah kita mencari hiburan yang mengundang murka Allah.
Berhati-hatilah sahabat-sahabat dalam memilih hiburan agar selari dengan
identiti kita sebagai Muslim.
Islam tidak pernah menghalang untuk kita bersenam,tetapi biarlah patuh kepada syariat dan tidak melanggar batas-batas agama. Sememangnya budaya seperti ini bukanlah budaya ketimuran,apatah lagi budaya Islam itu sendiri. Ingatlah, saudara-saudara seagama kita di luar Negara sedang berjuang untuk mempertahankan Islam,tetapi kita di Malaysia tidak mengendahkan Islam itu sendiri.
Ingatlah firman Allah swt. dalam surah
al-Baqarah ayat 216, maksudnya: “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu
padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia
buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu)
sedangkan kamu tidak mengetahuinya.”
Saya berharap supaya sedikit teguran ini
akan disampaikan kepada khalayak yang ramai, mudah-mudahan ia dapat memberikan
kesedaran dan menjauhkan kita daripada kerosakan dalam kalangan masyarakat.
Presiden
Persatuan Mahasiswa Islam UTMKL
2012/2013
No comments:
Post a Comment