SEDIKIT PERKONGSIAN SEMPENA TAHUN BARU.
Itulah
sambutan keagamaan Kristian sebagaimana
dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :
“For
the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following
lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New
Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption,
Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints.” [http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm]
Jelas
daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s
Day adalah termasuk perayaan keagamaan.
Lebih
daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian
ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :
“Christian
nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1
January as the beginning of the year, but rather to the pagan
extravagances which accompanied it.” [http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm]
Apabila
telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang
dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :
Pertama : Firman Allah subhanahu wa ta’ala
dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat
orang mukmin sejati dinyatakan :
وَالَّذِينَ
لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
Maksudnya:
“dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah
orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan
perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu
yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.
Menurut
Ulama Tafsir, maksud al-Zur (Lihat tempat bergaris) adalah perayaan-perayaan
orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].
Jelas
daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum
muyrikin.
Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam:
عن
أنس بن مالك قال كان لأهل الجاهلية يومان في كل سنة يلعبون فيهما فلما قدم النبي
صلى الله عليه و سلم المدينة قال كان لكم يومان تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما
خيرا منهما يوم الفطر ويوم الأضحى
Maksudnya
: Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah
kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main
(berseronok) maka apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah
baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu
berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua
hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”.
[al-Nasai, Sahih].
Daripada
hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang
Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala
syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum
Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini
melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.
Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim
berikut, sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :
إِنَّ
لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا
Maksudnya
: “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada
perayaannya dan hari ini (Eidul adha) adalah perayaan kita”.
Berkata
Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h dalam mensyarahkan hadis ini :
وَاسْتُنْبِطَ
مِنْهُ كَرَاهَةُ اَلْفَرَحِ فِي أَعْيَادِ اَلْمُشْرِكِينَ وَالتَّشَبُّهِ بِهِمْ
Maksudnya
: “Diambil daripada hadis ini ketetapan hukum dilarang melahirkan rasa gembira
pada perayaan kaum musyrikin dan meniru mereka (dalam perayaan)”. [Fathul Bari,
3/371].
Syeikh
al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji
telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan
perayaan tersebut maka dia kafir. [Ibid].
Keempat : Ijmak Ulama
Imam
Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :
لايجوز
للمسلمين ممالأة المشركين في إظهار شعائرهم
Maksudnya
: “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan
syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].
Lalu
dia menyatakan lagi :
وكما
أنهم لا يجوز لهم إظهاره فلا يجوز للمسلمين ممالاتهم عليه ولا مساعدتهم ولا الحضور
معهم باتفاق أهل العلم الذين هم أهله
Maksudnya
: “dan sebagaimana mereka (kafir) tidak boleh menzahirkan syiar perayaan mereka
maka tidak boleh pula bagi kaum muslimin menolong dan membantu mereka
(mengadakan perayaan dan menzahirkan syiar agama mereka) dan tidak boleh
menghadirinya dengan sepakat ulama”. [Ibid].
Kata
beliau lagi :
وأما
التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم
فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من
المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا
من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه .
Maksudnya:
“adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka
adalah haram dengan ittifaq (ijma’) seperti memberi tahniah pada
perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: “ ‘Eid Mubarak”
(“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Jika
pengucapnya selamat daripada iktikad kufur maka ianya haram (jika tidak, maka hukumnya
kufur juga), ini kerana ucapan ini samalah seperti kita memberi tahniah atasnya
kerana sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih dahsyat daripada seseorang
memberi tahniah kepada seseorang kerana meminum arak, membunuh, berzina dan
seumpamanya”. [Ahkam Ahli Zimmah, 162].
Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya
pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.
Berkata
Ulama Hanafiah :
ويكفر
بخروجه إلى نيروز المجوس والموافقة معهم فيما يفعلونه في ذلك اليوم وبشرائه يوم
نيروز شيئا لم يكن يشتريه قبل ذلك تعظيما للنيروز لا للأكل والشرب وبإهدائه ذلك
اليوم للمشركين ولو بيضة تعظيما لذلك اليوم
Maksudnya
: “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi
dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir
dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada
hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum
pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada
kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”. [Majmak
al-Anhar, 2/513]
Ulama
Malikiah menyatakan :
أي
أن اللعب في يوم النيروز وهو أول يوم من السنة القبطية مانع من قبول الشهادة وهو
من فعل الجاهلية والنصارى
Maksudnya
: “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal
Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana
ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”. [al-Syarhul Kabir,
4/181]
Jelas daripada kenyataan ini, menyambut perayaan
kafir adalah dosa besar.
Berkata
Abul Qasim Hibatullah al-Syafii :
ولا
يجوز للمسلمين أن يحضروا أعيادهم لأنهم على منكر وزور
Maksudnya
: “dan tidak boleh bagi muslimin menghadiri perayaan mereka (musyrikin) kerana
mereka itu melakukan munkar dan dosa”. [Ahkam Ahli Zimmah,156]
Dalam
al-Majmuk dinyatakan :
ويمنعون
من اظهار الخمر والخنزير وضرب النواقيس والجهر بالتوراة والانجيل وإظهار الصليب
واظهار أعيادهم ورفع الصوت على موتاهم
Maksudnya
: “dan dilarang mereka itu (Ahli Zimmah yakni orang kafir yang hidup sebagai
warganeraga negara Islam) daripada menzahirkan arak, babi, membnyi loceng,
mengeraskan bacaan Taurat dan Injil, menzahirkan salib dan perayaan mereka
serta menguatkan suara ratapan mayat”. [19/412]
Ulama
Hanabilah menyatakan :
ويحرم
شهود عيد اليهود والنصارى وغيرهم من الكفار
Maksudnya
: “dan haram menghadiri perayaan Yahudi dan Nasrani dan selain mereka daripada
orang kafir”. [Kaysaful Qina', 3/131]
Daripada
kenyataan para ulama mazhab yang empat ini, menunjukkan semua mazhab Ahli Sunnah
wal Jamaah yang empat mengharamkan perayaan kafir sama ada menyertainya,
memberi tahniah, atau membenarkan mereka mengadakan sambutan secara terbuka
dalam negara Islam.
Kelima : Qaul Sahabat
قال
عمر رضي الله عنه: “لا تعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا على المشركين في كنائسهم
يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم”.
Maksudnya
: “Berkata Umar r.a : Janganlah
kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di
tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun
kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].
Kesimpulan
Oleh
itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada
menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru
Masihi.
Usaha
sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut
perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti
Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s
dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan
ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min
zalik.
No comments:
Post a Comment