Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
ADA APA PADA PILIHAN RAYA KAMPUS?
Apakah
fungsinya pilihan raya kampur (PRK)? Pilihan Raya Kampus (PRK) adalah suatu
proses pemilihan bagi para mahasiswa untuk memilih calon-calon yang
berkelayakan untuk memegang jawatan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).Rata-rata
mahasiswa bermatlamatkan untuk memperoleh keputusan cemerlang pada setiap sem
sehinggakan tidak perduli akan kepentingan pilihan raya kampus (PRK).Mereka
merasakan bahawa mereka tiada kaitan dengan pimpinan kampus dan mereka tidak
kisah siapa yang menang selagi ia tidak menganggu pelajaran mereka Mereka lebih mementingkan pointer dan akhirnya untuk memperoleh gelaran graduan berpangkat
Dean’s list.
Apabila musim pilihan raya kampus (PRK)
berlangsung,maka kampus dan hostel mula
dihiasi dengan kempen, risalah-risalah,manifesto dan kain rentang para calon.Bermula
dengan penamaan calon, maka akan adanya kelompok yang mempunyai idelisme untuk
memenangkan calon mereka dan berusaha untuk menarik para pelajar untuk
mengundi.Bagi sesetengah mahasiswa menganggap bahawa mereka yang terlibat dalam
promosikan calon adalah suatu kerja yang sia-sia kerana mereka yang terlibat
bukanlah dibayar malah mereka hanya membazir masa dan tenaga.Persoalanya
sekarang ialah mengapa mahasiswa perlu mengambil berat akan pilihanraya ini?Pilihan raya kampus bukan hanya sekadar program dan prosedur
malah, bukan juga sebagai medan untuk seseorang individu itu menunjuk
jaguh atau sekadar suka-suka untuk menempah nama dan ia juga bukan sebagai alat
pro kepada kumpulan tertentu yang berkepentingan.
Pilihan
raya kampus (PRK) adalah wasilah yang besar makna dan kesannya.Mana mungkin terdapat
kelompok yang sanggup menghabiskan masa,wang dan tenaganya hanya untuk
memenangkan calonnya. walaupun
setiap malam dikejar dan diusik dengan Akta Universiti dan Kolej Univeristi
(AUKU) namun ia masih tidak mematahkan semangat mereka.Ada yang berpendapat
bahawa mengapa tidak pihak pentadbiran sahaja yang memilih pelajar yang mereka
suka? Yang suka mengikut telunjuk mereka dan mematuhi cakap mereka?Mengapa
perlu jadikan pilihan raya sebagai wasilah pemilihan pemimpin perwakilan pelajar.Pilihan raya kampus (PRK) merupakan medan demokrasi unggul yang
mengajar para mahasiswa erti pilihanraya.Demokrasi ini dilihat boleh
menyedarkan para mahasiswa bahawa pangkahan mereka amat bernilai dalam mencorakkan
kepimpinan pelajar.Faktor pemakaian demokrasi dalam diri mahasiswa adalah
penting sebelum mahasiswa menemui dunia realiti yang lebih mencabar dan penuh
dengan pancaroba dalam ilmu politik.
Pilihan
raya kampus (PRK) disertai oleh para mahasiswa disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya ialah Mahasiswa mempunyai
kebebasan untuk memilih mana-mana calon yang dirasakan layak untuk memimpin
mereka, menyuarakan isu kebajikan mereka, yang terbaik dari pelbagai sudut - imej, personaliti, sikap dan ilmu -
dan yang paling penting mempunyai ciri kepemimpinan yang mampu disokong dan
diikuti. Dari pandangan agama pula ialah mahir
membicarakan soal agama dan cabangnya, bahkan mahir juga mengurus organisasi
yang berat, menampilkan diri di saat diperlukan dan kemahiran berfikir agar
idealisme kelompoknya diimplementasikan.
Suasana Pilihan raya kampus (PRK) pula
perlulah adil dan berdemokrasi yang secara automatik akan melahirkan para
mahasiwa menjadi lebih bermoral dan pro-demokrasi dalam menjana satu suasana
politik sihat di Malaysia pada hari mendatang. Akhir kata,marilah mengundi. Mengundi walau hanya
sekali pegang pen, ia menterjemahkan sokongan kita kepada pemilihan
pemimpin. Ia membuktikan bahawa kita juga punya idealisme tersendiri dan mahu
idealisme kita ini direalisasikan.Ia menjadikan kita sebagai seorang yang
bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment