Mewujudkan satu organisasi merupakan satu kemestian syarie. Firman Allah yang bermaksud;
“Dan hendaklah ada segolongan diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf,dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran : 104)
Organisasi tersebut jelas fungsinya iaitu menyeru manusia (kerja dakwah) kepada Al-Khair (Islam) dan diteruskan kepada usaha-usaha mendapatkan kekuasaan mentadbir. Pentadbiran yang dimaksudkan itu adalah kerja mentadbir dan memerintah manusia mengikut hukum-hukum Allah. Kekuasaan yang diperoleh mesilah dimanfaatkan untuk menyempurnakan martabat kemulian insan; menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran (dengan kekuasaan).
Perkara-perkara pokok yang menjadi pegangan kepada semua anggota organisasi ialah:
(1) Kerja dan usaha untuk mewujudkan sebuah organisasi yang kukuh , lengkap dan teguh kerananya adalah suatu ibadah ( ketaatan ) kepada Allah. Melalui Firman-Nya Allah menegaskan , yang bermaksud ;
“ Sesungguhnya Allah menyukai orang – orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan - akan mereka itu satu bangunan yang tersusun kukuh.” (As-Saff : 04).
Ini menunjukan usaha bahawa usaha melahirkan sebuah organisasi yang tersusun adalah wadah untuk mendapatkan CINTA ALLAH. Sebaliknya keengganan untuk mewujudkan organisasi yang demikian atau sebarang tindakan yang boleh menyebabkan sebuah organisasi itu adalah kerja yang dibenci oleh Allah.
(2) Gerakan Islam berhadapan dengan gerakan penyesat jahiliah . Jahiliah yang kita hadapi kini adalah jahiliah moden yang lebih sophisticated. Tidak mungkin gerakan Islam yang lemah dan mengambil mudah sebarang perkara untuk berhadapan gerakan seperti mereka ini.
Gerakan musuh antarabangsa seperti gerakan zionis, freemason, komunis dan missionari Kristian merupakan gerakan-gerakan yang mempunyai kemampuan, kemudahan, tenaga kerja dan sumber kewangan serta bantuan teknikal yang melimpah-ruah; yang tidak dapat tidak untuk dihadapi melaikan dengan kadar kekuatan dan kemampuan pada tahap yang sama.
Hujah ini adalah satu kepastian betapa perlunya organisasi gerakan Islam sentiasa dikemaskini dengan segera bagi menghadapi cabaran dan ancaman berterusan dari musuh-musuhnya.

No comments:
Post a Comment