Era modenisasi dan globalisasi masakini telah membuktikan kepada sesebuah negara itu tidak dapat menafikan kepentingan gerakan mahasiswa bagi membentuk generasi yang mampu membawa perubahan yang baik kepada lebih baik untuk masa depan ummah yang cemerlang didunia dan akhirat.
Seperti yang kita maklumi mahasiswa merupakan golongan pelajar yang berpendidikan diperingkat tinggi di universiti sama ada dalam jurusan BA, Master atau PHD. Apa itu gerakan mahasiswa? Gerakan mahasiswa adalah satu unit sosial yang melibatkan mahasiswa dan berperanan dalam membawa agenda atau revolusi kebangkitan suara mahasiswa bagi membuat sesuatu perubahan kearah yang lebih positif dan realistik.
Oleh itu, mahasiswa kini telah membuktikan kebangkitan suara mereka dalam menegakkan kebenaran berdasarkan ilmu pengetahuan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Kesedaran kefahaman Islam dan semangat yang kuat dapat membentuk jatidiri mahasiswa kearah yang lebih efektif dan rasional. Kebangkitan gerakan mahasiswa bukanlah semata -mata di atas desakan ekstrimis tetapi kerana kesedaran dalam membawa kefahaman Islam yang sebenar kepada diri, keluarga, bangsa, masyarakat dan negara.
Mahasiswa yang terdiri diantara lelaki dan perempuan merupakan aset modal insan yang amat penting bagi sesebuah negara dalam melahirkan generasi pemimpin rabbani yang bakal mejadi pemimpin masa depan negara dan mempunyai pemikiran Islam yang tulen tanpa dipengaruhi oleh mana- mana pemikiran sekular, liberal dan sebagainya sepertimana yang telah dirancang oleh musuh-musuh Islam dalam merosakkan ummat Islam didunia ini.
Golongan lelaki (siswa) adalah ketua dan perempuan (siswi) pelengkap kepada lelaki bagi menjalankan tugas dan peranan masing -masing seperti yang telah ditetapkan dalam firman Allah Subhanahu wataala.
Muslimat (siswi) dalam gerakan mahasiswa masakini mempunyai peranan yang penting dalam membantu medan pergerakan ini supaya lebih seimbang antara dua genetik lelaki dan perempuan untuk mencapai tujuan dan matlamat yang sama tanpa ada perbezaan kedua-dua golongan ini.
Sejarah telah membuktikan kepentingan peranan muslimat dalam membantu perjuangan Rasulullah S.A.W seperti Saidatina Asma’ Abu Bakar membantu baginda, ayahnya dan sahabat yang lain dengan menghantar makanan kepada mereka ketika dalam perjalanan hijrah ke Mekah. Usianya ketika itu masih muda remaja dan berani dalam melaksanakan arahan dan perintah baginda S.A.W.
Awal sejarah kebangkitan Islam muslimat merupakan elemen yang penting dalam perjuangan yang telah dibawa oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. Sama seperti sejarah Islam yang lampau muslimat kini berperanan dalam gerakan mahasiswa seperti membantu dalam pengurusan organisasi, pemikiran, ideologi dan memberi kesedaran kefahaman Islam yang jelas kepada masyarakat khususnya golongan hawa.
Kefahaman tersebut bukanlah hanya semata-mata teori tetapi sama-sama mempraktikkan dalam kehidupan seharian. seperti kata-kata Saidina Umar r.a “Perbaikilah diri kamu dan serulah kepada yang lain”.
Pendekatan muslimat lebih efisyen bagi kaum sejenis, kanak-kanak dan golongan tua dalam memberi kesedaran revolusi baru untuk membuat sesuatu perubahan yang lebih baik kerana wanita mempunyai sifat yang sinonim dengan kelembutan dan ketekunan dalam melakukan sesuatu.
Kisah sejarah srikandi Sumayyah dan keluarganya di bunuh oleh kaum musyrikin telah membuktikan kecekalan dan ketabahan hati seorang wanita yang mempertahankan aqidah hanya untuk mentauhidkan Allah yang Esa.
Justeru itu,beliau merupakan salah seorang srikandi Islam yang tercatat dalam sejarah Islam.Namun begitu,itulah hakikat yang menyatakan bahawa muslimat mampu untuk melakukan “Jangan disangka tangan yang lembut tidak mampu untuk menggoncang dunia”.
Selain itu, peranan muslimat dalam membawa organisasi politik kampus mahasiswa juga penting dalam membentuk dan melatih diri seorang muslimah untuk lebih tabah dan cekal dalam menghadapi cabaran semasa.
Secara tidak langsung keterlibatan muslimat dalam berorganisasi samaada di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti dan pelbagai peringkat yang lain dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam bentuk amali dan lebih efisien berbanding cakap tak serba bikin.
Justeru, kita tidak boleh mempertikaikan bahawa muslimat tidak perlu berperanan dalam gerakan mahasiswa kerana kita merupakan mata rantai perjuangan yang akan membawa risalah Ad-Deen. Maka terbantutlah perjuangan tanpa muslimat kerana muslimat merupakan sayap kiri perjuangan, bukan sahaja di rumah malah di medan perang masa kini.

No comments:
Post a Comment