13 January 2012

Girl Talk 2

Pada 18 Januari 2012, Pmi Utmickl akan mengadakan program Girl Talk 2 khas untuk mahasiswi bertempat di Foyer Blok A, Kediaman Siswa Jaya dari pukul 8.50p.m hingga 11p.m. Penceramah
bagi program ini ialah seorang ustaz yang memang tidak asing lagi di kalangan mahasiswa/i UTMICKL dengan gayanya yang tersendiri, iaitu Ustaz Khairudin ataupun lebih dikenali sebagai Ustaz K.

        Program ini merupakan kesinambungan untuk program Girl Talk 1 yang telah diadakan pada 28 Disember 2011. Tajuk yang dipilih untuk sesi kali ini nampaknya begitu menarik dan sesuai sekali dengan situasi mahasiswi masakini. Oleh itu, semua mahasiswi dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ilmu ini. Semoga Program Girl Talk 2 ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah. Amin.
 

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."Abu ad-Darda' r.a

-BERSAMA MEMBANGUN UMMAH-

2 comments:

  1. semoga meriah program ini dan bermanfaat kpd semua :)
    ruginya, x dpt nak join......^.^

    ReplyDelete
  2. hahaha...ustaz K yg x bleh blah tu.....hahaha

    ReplyDelete