20 May 2010

Karnival Aura Ungu 2010 (KAU '10)



Buat pertama kalinya di Malaysia, sebuah konsert khusus untuk wanita diadakan secara besar-besaran. Nisa' Malaysia mengorak langkah membawa satu gelombang perubahan dalam hiburan alternatif bagi mencorak masyarakat secara Islami. Karnival Aura Ungu 2010 (KAU '10) akan berlangsung pada 21 dan 22 Mei 2010 di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam, Selangor. Sebelum ini Nisa' sudah membuat satu alternatif bagi wanita khususnya Muslimah dalam bidang sukan dengan mengadakan Nisa' Games 2007 yang masih diteruskan sehingga pada tahun ini. Berikut adalah beberapa acara yang akan berlangsung ssepanjang karnival tersebut. (Sila klik pada poster untuk melihat pada resolusi yang lebih besar).


PERSONA

Pertandingan Nyanyian Peringkat Akhir : PERSONA” akan diadakan pada sebelah petang 21 MEI 2010. Saksikan pertandingan nyanyian peringkat akhir daripada peserta-peserta hebat dan terpilih di peringkat negeri masing-masing. Pastikan anda tidak ketinggalan menyertai kami untuk menyaksikan PERSONA ini.

“Konsert Dari Wanita Untuk Wanita! ”

Konsert khusus dari wanita untuk wanita 22 MEI 2010, jam 8.00 malam sebagai acara kemuncak bagi Karnival Aura Ungu 2010 dengan penampilan istimewa… Aishah & Heliza!

Pameran Ekspo KAU’2010

Kunjungi juga gerai-gerai ekspo kami sepanjang hari hingga ke malam pada 21 dan 22 Mei 2010 yang menyajikan pelbagai jualan dan pameran menarik untuk anda !

Maklumat lanjut layari :
http://kau2010.webnisa.net/

No comments:

Post a Comment