23 June 2011

Forum Cinta Itu Indah


Pada 25 Jun 2011, Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) bersama kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan forum yang bertajuk "Cinta Itu Indah" yang bertempat di padang Kolej Kediaman Siswa Jaya (KSJ). Antara panel yang diundang ialah Ustaz Pahrol bin Mohamad Juoi dan Dr Ahmad Tarmizi Abdullah Razak.

Latar Belakang
Forum “Cinta itu Indah” adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI). Forum ini merupakan pendedahan yang terbaik bagi membentuk sahsiah mahasiswa dalam acuan Islam yang sebenar dan disamping merapatkan ukhwah antara kepimpinan PMI dan mahasiswa. Selain itu, program ini juga merupakan salah satu cara dalam menyampaikan dakwah secara lebih terbuka disamping menarik minat golongan mahasiswa dan masyarakat luar dalam mendekati cara hidup Islam yang indah ini. Program dijangka mampu menarik minat mahasiswa dan masyarakat luar kerana panel yang ingin ditampilkan adalah Ustaz Pahrol yang terkenal dengan laman web genta-rasa.com dan sebagai Ketua Editor Majalah Solusi digandingkan bersama Dr Ahmad Tarmini Abdullah Razak yang merupakan juri bagi program realiti Imam Muda anjuran Astro Oasis.


Matlamat Program
Matlamat program ini untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa bahawa Islam tidak menidakkan hak setiap manusia untuk mempunyai perasaan cinta dan kasih sayang. Sebaliknya, Islam menyediakan saluran yang jelas dan benar berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dalam berpasangan.

Objektif
  • Memberikan kesedaran kepada mahasiswa dan masyarakat luar bahawa cinta itu dibenarkan di dalam Islam melalui saluran yang betul.
  • Melahirkan mahasiswa yang mempunyai nilai cinta dan kasih sayang yang tinggi berpandukan saluran yang dibenarkan oleh syarak disamping menghindari pergaulan bebas yang melampau.
  • Memberikan pengajaran & pembelajaran kepada mahasiswa tentang kefahaman Islam yang sebenar.
Tarikh, Tempat dan Masa
Tarikh : 25 Jun 2011
Masa : 9.00pm – 12.00
am
Tempat
: Padang Kolej Kediaman Siswa Jaya

SEMUA MAHASISWA DIJEMPUT HADIR. MAKANAN DISEDIAKAN.

No comments:

Post a Comment