10 October 2011

"Budaya 'couple' semakin melampau-lampau"

10 Oktober 2011 - Kediaman Siswa Jaya (KSJ) dikejutkan dengan berita masalah gejala sosial yang semakin menjadi-jadi. Antara masalah terbaru kes mahasiswa lelaki memasuki tandas perempuan pada lewat malam amat mengejutkan ramai pihak.
Isu budaya couple atau budaya berdua-duaan semakin berleluasa seolah-olah tiada peraturan dan halangan bagi membanteras gejala ini. Tanpa dengan segan silunya mereka berdua-berduaan di tempat-tempat yang gelap dan tersembunyi. Malah yang lebih menjengkelkan, perbuatan mereka ini dilakukan di depan khalayak seperti sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat tanpa mengira perbuatan yang dilarang Allah swt.

Terbaru, foyer blok B dijadikan tempat 'bermanja-manja' di mana foyer blok B menjadi antara tempat laluan orang ramai dan menjadi tempat untuk warga KSJ untuk berehat sambil menonton TV. Ada dalam kalangan mereka ini melakukan pebuatan yang tidak sopan dari lewat malam sehingga selepas Subuh.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) , saudara Ahmad Furqan mengatakan, perbuatan ini melampau dan tidak menghormati warga KSJ dan harus dipandang serius oleh semua pihak.

"Saya ingin maklumkan bahawa gejala sosial di Kediaman Siswa Jaya semakin melampau-lampau terutama budaya couple (berdua-duaan).

Mereka menjadikan foyer blok B yang mempunyai kemudahan TV dan tempat duduk untuk melakukan perbuatan tidak sopan dari lewat malam sehingga lepas Subuh dan tidak menghormati warga KSJ yang lain yang sedang menonton TV dan lalu di kawasan tersebut. Jadi perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak."

Selain itu, peranan Pengetua KSJ yang mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan sesuatu pencegahan awal dengan segera sebelum ianya terus dilakukan oleh mahasiswa lain demi membendung perkara mungkar ini dari terus berleluasa.

"Pihak pentadbiran KSJ yang diketuai oleh Pengetua KSJ yang mana mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan sesuatu dan situasi warga KSJ yang berada di bawah jagaannya dan perbuatan mencegah perkara mungkar ini perlu dilakukan dengan segera sebelum ianya terus diikuti dan diwarisi oleh generasi-generasi akan datang," melalui respon beliau di Facebook.

Bagi respon Presiden Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM) KSJ, saudara Wan Muhammad Idham, beliau mengatakan perbuatan ini tidak boleh diterima dan akan memalukan maruah keluarga.

"Mungkin bagi anda, rasanya tak kacau orang, tetapi perbuatan anda buat mata kami berbulu. Fikir-fikirkanlah. Jangan kerana orang muda melepaskan rindu, orang tua menanggung malu."

Dari saf pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam meminta agar peranan ini perlu diambil oleh setiap mahasiswa bagi membendung gejala ini demi melahirkan warga KSJ terutamanya yang beragama Islam yang bukan sahaja berjaya di dunia tetapi matlamat wawasan yang besar iaitu wawasan akhirat yang mencapai mardhatillah iaitu keredhaan Allah swt.

Wallahualam.

Membangun Bersama Ummah.

No comments:

Post a Comment