07 January 2012

Program Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir Mahasiswa Sarjana Muda dan Pembukaan Tahun Baru 2012


Pada 5 Januari 2012, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur ( PMI UTMICKL) telah mengadakan Program  Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir Mahasiswa Sarjana Muda dan Pembukaan Tahun Baru 2012. 

     
Program ini dimulakan selepas solat Maghrib dengan bacaan Yaasin yang diketuai oleh Ustaz Mokhtar.
Seterusnya, solat hajat yang turut diimamkan oleh Ustaz Mokhtar telah dilakukan selepas solat Isya'.
Semoga mahasiswa sarjana muda akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. bagi menghadapi musim peperiksaan akhir ini dan dipermudahkan segala urusan. PMI juga berharap semoga tahun 2012 ini dipenuhi barakah dan rahmat Allah dan juga menjadi "kiamat" kepada kekufuran dan kejahilan. Amin.








1 comment: