Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi dengan
limpahan nikmat iman dan Islam serta usia yang dipanjangkan Alllah swt, kita
masih diberi kesempatan untuk menyambut maulidur rasul iaitu hari kelahiran
Rasulullah saw.
Dikesempatan ini marilah sama-sama kita menghayati
dengan sebenar-benarnya sirah Rasulullah saw dalam perjuangan baginda
menyebarkan Islam keseluruh pelusuk tanah air hingga Islam itu tersebar kepada
kita pada hari ini.
Bagi menunjukkan kecintaan kita kepada baginda
Rasulullah saw,sama-samalah kita memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang
diamalkan oleh baginda sendiri ketika baginda masih hidup. Amalan-amalan sunat
inilah yang akan membantu kita untuk mendapat syafaat baginda saw diakhirat
kelak.
Akhir kalam,perbanyakkanlah selawat dan salam buat
junjungan baginda saw bukan sahaja pada hari yang mulia ini bahkan pada
bila-bila masa sahaja untuk menunjukkan kecintaan dan ingatan kita kepada
Rasulullah saw.
Firman Allah swt:
“Sesungguhnya
Allah dan para malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad); Wahai orang
beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanl salam sejahtera dengan
penghormatan sepenuhnya.”(Al-Ahzab:56)
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment