Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... Pada 23 Disember 2012, Persatuan Mahasiswa Islam UTM KL telah mendapat peluang untuk menyertai 'DEMI PALESTIN' bertempat di Pusat Penyiaran Digital TV Al-Hijrah, Pusat Islam Kuala Lumpur. Program palestin yang bertempat di Masjid Negara itu bertajuk 'Demi Palestin'. Program dimulakan dengan Majlis pelancaran 'Demi Palestin' pada jam 9.00 pagi. Dengan bertemakan 'PERSAUDARAAN BERMULA DISINI', program ini sangat menarik dan bermanfaat kepada semua masyarakat bagi memberi kesedaran dan kesempatan kepada masyarakat untuk mengetahui keadaan dan situasi terkini di bumi Palestin. Selain itu, pada waktu pagi ada program siaran langsung Assalamualaikum di tv al hijrah, pada waktu petang pula ada persembahan flashmok tentang kejadian yang berlaku di palestin, dan pada malamnya terdapat konsert 'MALAM DEMI PALESTIN', program bermula pada pukul 9.00 pagi, sehingga 11.00 malam. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti dan program menarik yang disediakan oleh pihak penganjur.
Dari segi pengunjung pula, mereka terdapat kemudahan menunaikan solat kerana Masjid negara terletak bersebelahan dengan perkaranagn tv al hijrah. Terdapat ramai artis yg telah berhijrah dan kumpulan nasyid datang memeriahkan majlis, antara artis dan kumpulan nasyid yang hadir ialah Irma Hasmi, Diana Amir, heliza hilmi, Afdlin syauki,In team, Rabbani, Unic, Ustaz Amin Idris, dan ramai lagi. Program ini dimeriahkan lagi dengan kerjasama daripada Canon, Haluan, Aman Palestin, Viva Palestin dan ramai lagi.
Antara barangan yg pmi tlh jual ialah t-shirt pmi, minyak atar,
antara makanan yang telah dijual ialah, keropok lekor, air float, keledek goreng, buah-buahan. Tahniah .. kami ucapkan kepada pihak penganjur . Harapan kami agar program sebegini akan terus diadakan lagi. InsyaAllah ..
Persembahan flashmok :
Gambar semasa program :
No comments:
Post a Comment