Dan salam sejahtera kepada semua mahasiswa UTM Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, bersyukur saya panjatkan kehadrat ilahi kerana dengan limpah
kurnianya saya dan sahabat-sahabat masih lagi diberi nyawa untuk
meneruskan kehidupan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ‘SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR ‘ bagi semua mahasiswa ijazah sarjana muda UTMKL. Semoga usaha, doa dan tawakkal sahabat-sahabat sekalian mengiringi perjalanan sahabat-sahabat untuk berjuang di medan peperiksaan akhir nanti.
meneruskan kehidupan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ‘SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR ‘ bagi semua mahasiswa ijazah sarjana muda UTMKL. Semoga usaha, doa dan tawakkal sahabat-sahabat sekalian mengiringi perjalanan sahabat-sahabat untuk berjuang di medan peperiksaan akhir nanti.
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, ketahuilah
bahawa menuntut ilmu adalah merupakan satu jihad dan menuntut ilmu juga
merupakan perkara wajib bagi umat islam.
Daripada Anas bin Malik : Rasulullah S.A.W bersabda, ‘mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap
muslim- Ibnu Majah.
Hadits ini menunjukkan bahawa betapa
pentingnya ilmu kepada umat islam. Sekiranya sahabat-sahabat mendapat
kecemerlangan dalam peperiksaan ini bererti sahabat sekalian telah menguasai
ilmu yang telah dipelajari.
Dalam menempuh ujian ini, pergantungan
daripada Allah amatlah penting kerana Allah lah sebaik-baik penolong dan
sebaik-baik pelindung. Di dalam sebuah hadits
Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Bahawasanya nabi s.a.w sering berdoa minta perlindungan kepada Allah
Taala dari suratan takdir yang buruk, dari mendapat celaka, dari kegembiraan
musuh (kerana penderitaan baginda) dan dari tekanan ujian.” Riwayat Muslim.
Hadis ini menjelaskan bahawa berdoa untuk memohon perlindungan
daripada Allah s.w.t penting kerana doa
adalah senjata orang mukmin. Disamping kita berdoa, usaha juga penting dalam
menempuhi ujian yang bakal dihadapai sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya: “Allah
memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan
yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta
menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
Rezeki dan
kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap manusia dituntut untuk
berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan
tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan
sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur
dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.
Saya mewakili saf pimpinan PMI bagi sesi 2012/2013 mendoakan
agar sahabat-sahabat yang bakal menduduki peperiksaan akhir nanti dapat
menghadapi ujian ini dengan jayanya.
Akhir kalam, bernasikan amanah dalam niat dan perlakuan,
Berlaukkan bijaksana dalam membuat keputusan,
Berkuahkan cergas dalam aktiviti jasmani,
Berulamkan fokus menhayati pengajaran guru,
Bersambalkan dedikasi dalam kerja harian,
Bersoskan elok pada
penampilan lahiriah,
Bersayurkan faham dan ingat sebagai mahasiswa,
Bertumiskan gigih dalam melaksanakan tugas,
Berencahkan hasrat kejayaan dunia dan akhirat,
Beresepikan iman dan islam sebgai cara hidup.
Wallahu’alam, moga-moga Allah mempermudahkan segala urusan
kita di dunia dan lebih lagi di akhirat kelak.
Wabillahitaufik wa hidayah wasalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
No comments:
Post a Comment