17 October 2011

KAMU '11 - Karnival Ilmu Anak Muda 2011



Anak muda hari ini juga merupakan gambaran negara pada masa hadapan. Justeru, program ini direncana khusus untuk anak-anak muda sebagai alternatif membentuk jati diri anak muda. Selain itu, program ini juga menyediakan peluang untuk anak muda mengisi masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Kami berharap program ini sedikit sebanyak dapat membantu melahirkan anak muda Malaysia yang mampu menyumbang bakti kepada negara. Pada Allah sahaja disandarkan harapan agar memudahkan serta melancarkan program yang bakal dilaksanakan nanti.

Program KAMU'11 atau dikenali sebagai program Karnival Ilmuan Anak Muda 2011 akan diadakan pada 22 Oktober 2011 sehingga 23 Oktober 2011 berlangsung di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tentatif Program KAMU'11
Bersama-sama untuk program ini disertai artis jemputan seperti Heliza Helmi, Imam Muda Asyraf, Amy Search, nasyid Saujana, Al Farabi dan ramai lagi.

Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) menjemput semua mahasiswa UTMIC beramai-ramai ke Karnival Ilmuan Anak Muda 2011.

Sebarang maklumat boleh merujuk KAMU2011

Membangun Bersama Ummah.

No comments:

Post a Comment