15 October 2011

Manfaat Masa Semasa Bercuti


Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman setelah satu semester menuntut ilmu di bumi orang. Mari bersama kita beramal dengan ilmu yang kita perolehi sesuai dalam sebuah ayat al-Quran dikatakan,


Terjemahan: "Dan janganlah engkau turut apa-apa yang engkau tidak ada ilmu padanya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya," (Al-Isra: 36)

Ayat al-Quran tersebut menjelaskan bahawa ilmu merupakan dasar dari segala tindakan manusia. Kerana, tanpa ilmu segala tindakan manusia menjadi tidak terarah, tidak benar dan tidak bertujuan.

Islam menitik beratkan pengurusan masa yang berkesan di dalam kehidupan umatnya. Ini terbukti daripada rangkaian ayat al-Quran dan hadis Rasulullah yang banyak membicarakan soal masa sebagai peringatan dan panduan umat yang dimuliakan Allah ini. Antaranya firman Allah:
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Terjemahan: Demi masa(1). Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)

Demikian manusia disoal tentang umurnya secara umum dan diikuti pula tentang zaman mudanya secara khusus, yang mana zaman muda itu adalah satu juzuk daripada umur.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi dan Ibn Majah yang bermaksud:
"Dua kenikmatan yang banyak dilalaikan oleh manusia adalah nikmat kesihatan dan masa lapang"
Hadis ini mengakui hakikat bahawa manusia sering melalaikan atau sering mensia-siakan nikmat masa lapang yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Demikianlah antara bukti-bukti yang menunjukkan betapa pentingnya masa dan ia wajar digunakan sebaiknya dan diuruskan dengan bijak. Namun, manusia itu sendiri sering lupa dan lalai dalam menguruskan masa dalam kehidupan seharian. Merekalah golongan yang rugi dan tenggelam dalam tipu daya dunia.

Bagi mahasiswa, penting untuk kita menjaga masa supaya kita tidak ditinggal oleh masa. Pesan Imam al-Ghazali, perkara yang semakin jauh dari diri manusia adalah masa. Maka manfaatlah masa sebaiknya.

Membangun Bersama Ummah.


No comments:

Post a Comment