Pada 28 Disember 2011, lujnah Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) telah mengadakan program Girl Talk: Part One. Topik yang diberikan untuk ceramah ini adalah Selami Diri: Antara Yakin atau Sekadar Percubaan?. Pada dasarnya, program ceramah ini telah dilakukan sejak turun temurun dan nama program sebelumnya adalah Bicara Siswi. Penceramah yang dijemput adalah Ustazah Ros Izanuri.
Program ini bermula pada jam 9
malam dan tamat pada 11 malam. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada
mahasiswi-mahasiswi UTMIC KL. Antara objektif untuk dicapai melalui program ini adalah untuk menekankan mahasiswi supaya lebih berkeyakinan dalam
menjalani hidup di dunia kampus ini dan memecahkan benteng pemikiran mahasiswi
yang melebihkan budaya barat. Antara perkara yang dibincangkan oleh penceramah
yang berpengalaman dalam menyampaikan dakwah di universiti-universiti tempatan
adalah tentang menggapai cinta Ilahi di samping menyentuh perihal wanita dalam
menghadapi arus dunia yang penuh dengan pancaroba.
Ustazah Ros Izanuri menyampaikan ceramahnya |
Peserta kelihatan khusyuk sekali mendengar ceramah |
Tidak lupa untuk mencatat poin-poin penting
|
Pelbagai input boleh diperolehi daripada ceramah tersebut sehinggakan ada antara para penonton daripada kalangan mahasiswi mengambil kata-kata daripada penceramah untuk “post” sebagai status di Facebook. Alhamdulillah, matlamat program berjaya kerana mahu memberikan input yang berkesan ke dalam pemikiran mahasisiwi. Selain itu, penceramah ada juga memberi amanah kepada para mahasisiwi yang datang pada hari itu untuk memahami isi ayat Quran daripada surah Muhammad ayat 4 dan surah at-Taubah ayat 24 kerana ia berkaitan dengan tujuan hidup kita di atas muka bumi ini. Sebenarnya, pengisian dalam majlis ilmu ini adalah berkaitan dengan azam kita pada tahun baru ini, 2012.
Bagaimana untuk meraih keikhlasan
dalam merealisasikan azam yang ditanam pada tahun baru. Ia ada hubungkait
dengan apa yang penceramah katakan di mana “perasaan kita ni kadang-kadang
tidak boleh dilayan sangat nanti naik lemak pulak dia kerana perasaan ni
didorong oleh hawa nafsu yg dibantu oleh syaitan dan iblis”. Ini adalah antara
kata-kata yang boleh diambil iktibar untuk niat tahun baru ini kerana ia
mempunyai hubungkait dengan kehidupan di dunia dan di akhirat serta perasaan
kita terhadap manusia dengan Sang Pencipta. Program berkala ini khas
untuk golongan mahasiwi sahaja kerana kaum perempuan perlulah diberi didikan dengan baik.
Sabda baginda Rasulullah S.A.W;
“Jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik. Sebab mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok. Tulang rusuk paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau berusaha dalam meluruskannya, tulang itu akan patah. Jika engkau biarkannya, ia tetap bengkok. Oleh itu, jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik”
(HR Bukhari, Muslim)
Pengarah program menyampaikan cenderahati kepada penceramah |
No comments:
Post a Comment