29 December 2011

Perutusan Presiden Sempena Peperiksaan Akhir Sarjana Muda 2011/12


Bismillahirrahmanirrahim…

1) Assalamualaikum warah matullah wa barakatuh dan selamat sejahtera kepada semua warga UTMIC Kuala Lumpur. Pertama sekali marilah sama-sama kita memanjat kesyukuran kehadrat ilahi dengan nikmat yang diberikan Allah kepada kita untuk menempuhi kehidupan ini. Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat menjalani semester baru bagi pelajar diploma,jadikan kemasukan semester baru ini sebagai pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlangan.

2) Bagi pelajar ijazah sarjana muda,saya mengucapkan tahniah kerana berjaya mengharungi satu semester ini dengan jayanya dan saya mewakili saf pimpinan PMI sesi 2011/2012 mengucapkan selamat maju jaya dalam menjawab peperiksaan akhir semester pelajar ijazah sarjana muda. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian dalam menempuhi minggu peperiksaan akhir semester ini.

3) Ingatlah bahawa peperiksaan ini tidak mungkin akan dapat dijawab dengan jayanya tanpa persediaan yang mencukupi dalam tempoh satu semester ini. Inilah perumpamaan kehidupan kita merupakan persediaan bagi kita untuk menjawab pertanyaan daripada Allah SWT pada akhirat kelak.

4) Firman Allah SWT:
Sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang dan akan Ku rahsiakan untuk memberi pembalasan kepada setiap diri menurut apa yang diusahakannya,”(Taha 20:15)
5) Inilah realiti kehidupan kita,ibarat satu semester yang menghitung hari dimana kita akan disoal kelak,persoalannya sama ada kita dapat menjawab dengan jayanya atau sekadar lulus untuk mencukupi syarat sahaja. Wallahu’alam, moga-moga Allah mempermudahkan segala urusan kita didunia dan lebih lagi di akhirat kelak.

Wabillahitaufik wa hidayah wasalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

BERSAMA MEMBANGUN UMMAH

No comments:

Post a Comment