07 January 2012

Kembara Ukhwah bersama PMI

Sempena sambutan tahun baru Masihi, Persatuan Mahasiswa Islam telah mengadakan program berbentuk santai, Kembara Ukhwah bersama PMI. Program yang disertai oleh mahasiswa diploma dan sarjana muda, telah berjaya menyempurnakan program kembara di beberapa buah tempat. 

   Antara lokasi yang menjadi pilihan ialah masjid Asy-Syakirin, KLCC. Program yang bermula seawal 9.00 pagi itu dimulai dengan solat sunat tahiyyatyl masjid dan solat sunat dhuha. Program Indahnya Islam sempena Sambutan Ambang 2012 Masjid Asy-Syakirin KLCC anjuran masjid Asy-Syakirin turut menampilkan program yang menarik seperti program bedah buku oleh Ustaz Ramli yang bercerita tentang buku tulisannya, Stop Neraka. Turut dihadiri dalam program bedah buku ialah Pak Latip atau Abdul Latip Talip (Pengarang Novel Kamal Atartuk), Bahrudin Bekri (Pengarang Hidup Penuh Cinta) dan Ustaz Zahiruddin Zabidi (Pengarang Nian Hati Salsabila).
Bergambar kenangan bersama Pak Latip
(sumber)
   Kembara diteruskan dengan menghadiri program di Shah Alam anjuran kerajaan negeri Selangor. Program yang berintikan keagamaan dihadiri kira-kira 100,000 orang hadirin dari seluruh tanah air yang rata-ratanya orang muda. Program "Countdown 2012" diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Program ini juga merupakan kempen "Anti Zina bersama Ustaz Azhar Idrus turut dihadiri oleh beberapa personaliti tanah air yang turut menampilkan Imam Muda Ashraff, Ustaz Syed NorHisham, Sham Kamikaze, Shahir, Dakmie, Zizan "Raja Lawak" dan Ustaz Azhar Idrus. Program berakhir dengan alunan Asma ul Husna dan bacaan doa oleh Ustaz Azhar Idrus sebagai penutup kepada tahun 2011 yang diaminkan oleh lebih 100,000 orang hadirin.


   Kembara diakhiri dengan bangun malam di Masjid Shah Alam diikuti solat Subuh berjemaah. Buat julung kalinya PMI sesi 2011/12 berjaya menjayakan dua program dalam satu masa yang membolehkan mahasiswa sendiri terlibat dengan program keilmuan yang mampu menaikkan nama mahasiswa UTM khususnya dan nama UTM amnya.
  Saf piminan PMI mengharapkan agar keterlibatan mahasiswa Islam dalam menghadiri program bersifat keagamaan dan keilmuan dapat memberi manfaat yang berguna dalam menjadikan mahasiswa UTMIC yang holistik sejajar dengan dengan Dasar Pembangunan Mahasiswa Universiti. Semoga ukhwah yang terjalin dalam kalangan mahasiswa mampu menjadikan mahasiswa yang proaktif dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat kampus. 

Sebahagian peserta muslimin yang menyertai program ini
 

-BERSAMA MEMBANGUN UMMAH-

1 comment: