20 March 2012

Perutusan Presiden PMI Sempena Peperiksaan Akhir Diploma

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia nikmatnya, terutama nikmat Islam dan Iman yang masih di berikan oleh Allah SWT. Semoga ruanng dan peluang yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita dapat digunakan sebaik yang mungkin untuk kejayaan kita dan juga untuk Islam sendiri.
Saya mewakili saf kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) mengucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir tahun kepada mahasiswa diploma Universiti Teknologi Malaysia International Campus. Dan kami mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menjalani semester baru bagi mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia International Campus yang baru sahaja menyambung pengajian bagi semestar kedua.
Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang dialami oleh orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang dengan berbagai cubaan, sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datang pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (al-Baqarah:214)
Firman Allah ini menunjukkan bahawa setiap manusia ini akan diuji terlebih dahulu sebelum mendapat sesuatu kesenangan. Dalam konteks yang lebih mudah untuk difahami dapat kita andaikan keputusan CGPA yang bakal diperolehi bergantung kepada usaha kita. Letih lelah memasuki setiap kelas, test-test yang memeningkan kepala dan macam-macam lagi yang ditempuhi menunjukkan ujian yang ditempuhi bagi mencapai pointer yang tinggi.
Namun bukan kejayaan yang menjadi tali ukur dalam setiap perkara, terdapat juga beberapa perkara yang menunjukkan bahawa hasil itu bukanlah titik akhir  perkara tersebut. Menuntut ilmu atau boleh dikategorikan belajar ini merupakan suatu perkara yang subjektif. Belajar bukanlah hanya setakat di universiti sahaja  malahan ia merupakan nadi kehidupan kita sebagai seorang manusia.
Sebagai renungan untuk semua:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
 
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Wallahualam…

No comments:

Post a Comment