Kenapa bulan Rejab dipanggil Rejab?
Satu persoalan kepada kita semua.Rejab ertinya mulia atau agung. Kenapa pula Rejab dianggap mulia dan agung?
Jika dilihat sejarah bangsa Arab mereka amat memuliakan bulan tersebut dengan melakukan dan mengamalkan amalan tertentu.
Antara cara mereka meraikan bulan tersebut ialah:
- Tanggal 1 Rejab mereka akan menyembelih unta pada hari tersebut dan menamakan korban tersebut sebagai Fara’.
- Menjelang 10 Rejab pula mereka akan menyembelih seekor unta
- Sepanjang bulan Rejab mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
- Pada 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah untuk memberi peluang kepada orang ramai beribadat sepuas-puasnya.
Setelah kedatangan Islam amalan-amalan tersebut tidak diamalkan lagi.
Antara peristiwa penting yang berlaku pada bulan Rejab:
- Hijrah pertama berlaku pada bulan Rejab. Ada dikalangan sahabat baginda yang mengadu kepada Rasulullah tentang tekanan dan ancamanyang diberikan pihak Musyrikin Mekah kepada orang beriman.Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah(Madinah). Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan Iman,keselamatan diri dan tapak baru kepada agama Islam.
- Bulan Rejab juga berlakunya peristiwa yang amat penting iatu Israk dan Mikraj. Peristiwa ini berlaku dimana baginda berjalan dari Mekah ke Baitulmaqdisdan kemudian diangkat ke langit untuk mengurangkan kewajipan solat.
- Satu peperangan telah berlaku pada bulan Rejab iatu Perang Tabuk. Peperangan ini dinamakan perang Tabuk kerana ia berlaku di suatu tempat bernama Tabuk di utara semenanjung Arab. Kerana kekuatandan kecekalan tentera Islam telah menyebabkan tentera Rom melarikan diri.Peperangn ini juga merupkan peperangan terakhir yang disaksikanoleh Rasulullah SAW.
- Satu lagi peristiwa Islam yang amat penting dalam sejarah Islam iatu pembebasan Baitul Maqdis. Akibat perpecahan umat Islam pada zaman pemerintahan Abbasiyah, tentera salib telah melakukan serangan ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan oleh tentera salib. Tentera salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh tentera Islam di bawah pimpinan Salehuddin Al Ayubi pada hari jumaat bersamaan 27 Rejab 583H.
- Bulan Rejab juga merupakan lahirnya seorang tokoh Islam iaitu Imam Syafie, atau nama sebenar beliau Muhammad bin Idris yang merupakan salah seorang daripada mazhab yang empat.
-SELAMAT BERAMAL DAN SENYUM-
No comments:
Post a Comment