28 June 2012

MALAM TAUTAN HATI



Pada 13 Jun 2012 yang lalu, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia(PMIUTMKL)telah mengadakan majlis Tautan Hati yang telah dihadiri kira-kira 300 mahasiswa tahun 1. Majlis Tautan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan PMIUTMKL kepada mahasiswa baru khususnya mahasiswa tahun 1 yang baru sahaja masuk menjadi mahasiswa UTMKL dan untuk pendaftaran baru untuk mahasiswa Islam.

Majlis tautan hati tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan Presiden PMIUTMKL,Muhammad Faizzuddin bin Mamat Azlan. Seterusnya majlis diteruskan lagi ucapan wakil penasihat PMIUTMKL, Ustaz Khairuddin.

Seterusnya, pimpinan-pimpinan PMIUTMKL telah diperkenalkan kepada mahasiswa tahun 1 di dalam mengeratkan lagi ukhuwwah antara pimpinan dan mahasiswa tahun 1 dan untuk memudahkan lagi proses dakwah.

Majlis Tautan Hati tersebut telah dihadiri oleh Pengetua Kolej Kediaman Siswa Semarak(KSS) iatu En.Noraimi,felo blok C iatu Dr.Azlan Suhot dan wakil penasihat persatuan iatu Ustaz Khairuddin. Selain itu, radio online PMIUTMKL julung-julung kali telah diadakan dengan dirasmikan oleh Ustaz Khairuddin yang dipanggil I-Voice FM.

Diharap majlis Tautan Hati ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah antara pimpinan PMI dengan mahasiswa tahun 1 seperti maksud hadis yang bermaksud:

TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG ITU SEHINGGALAH DIA MENYINTAI SAUDARANYA SEBAGAIMANA DIA MENYINTAI DIRINYA SENDIRI



No comments:

Post a Comment